Tuesday 29 March 2011

assignment CTU551


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERLIS

PROGRAM:BM222
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN(KEWANGAN)

NAME AND SUBJECT CODE:
CTU551
TAJUK : PERANAN INSTITUSI AGAMA DAN AKTIVITI AGAMA DI KARIAH SAYA
(MASJID AL-UBUDIYAH)

NAMA : NOR IZALIA BINTI MAT SAMAN
NO. MATRIK : 2010821666
KUMPULAN: BMB2Bb
PENSYARAH : USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
TARIKH BENTANG : 17 FEBUARI 2011
TARIKH HANTAR : 3 MAC 2011










ISI KANDUNGAN
Tajuk : Peranan Masjid al-Ubudiyah
1-Pendahuluan
2-Sejarah masjid
3-Mengenai Masjid al-Ubudiyah
·         Aktiviti-aktiviti
·         Masalah-masalah
·         Penyelesaian masalah
·         Carta organisasi
      
4-Peranan masjid
5-Rumusan














 PENDAHULUAN
            Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya.Bagi menyiapkan tugasan subjek CTU551 yang telah diamanahkan kepada saya ini,saya telah memilih tajuk “INSTITUSI MASJID”.
            Hasil daripada tugasan ini,saya dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai agama Islam serta memahami peranan institusi sesebuah masjid dengan lebih mendalam lagi.Saya juga dapat mengetahui kegiatan-kegiatan yang dijalankan di masjid kawasan kariah saya.
            Masjid yang berada di kawasan kariah saya ialah Masjid al-Ubudiyah.Saya telah memilih untuk menemubual bilal  masjid tersebut iaitu Haji Abu Hassan bin Man untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai sejarah pembinaan masjid,carta organisasi masjid,aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan,masalah-masalah yang berkaitan dengan masjid tersebut serta penyelesaiannya dan lain-lain.
            Hasil daripada temubual saya bersama beliau,saya mendapat banyak ilmu pengetahuan serta maklumat-maklumat mengenai Masjid al-Ubudiyah dan saya akan memuatkannya di dalam kerja kursus ini.
           



ABSTRAK
 (SEJARAH  MASJID)
            Bangunan masjid yang terawal di Nusantara mempuyai bumbung yang bertingkat dan bumbung yang berbentuk limas.Seni bina ini juga terdapat pada bumbung rumah dan istana.Contohnya,bangunan Keraton Kepulauan di Jawa dan Keraton Kanoman di Ceribon.Masjid di Tanah Melayu kebanyakannya mempunyai bentuk bumbung yang terdapat bukaan atap di hujung bumbung dan ini dinamakan bentuk ‘limas potong perak’.
            Kedatangan kuasa Barat membawa pengaruh politik dan juga kesenian.Dari sinilsh bermulanya penggunaan konkrit yang berhiaskan cirri-ciri seni bina zaman silam di Eropah dan Asia Barat.Contohnya,bangunan Sultan Sulaiman yang mempunyai cirri-ciri klasik seperti dorik dan ironik pada tiangnya.Binaan masjid juga dipengaruhi oleh seni bina Arab,Turki,Iran dan India dengan memperkenalkan masjid berbentuk kubah potong bawang.Contohnya,Masjid Tuban dan Masjid Raya Aceh di Indonesia.
            Bentuk kubah ‘potong bawang’ ini ialah seperti labu dan dihiasi dengan mahkota atap.Seni bina ini merupakan satu identiti seni yang sukar dikikis sehingga ada yang menganggap tidak sempurna sesebuah masjid tanpanya.Seni bina masjid juga turut dipengaruhi oleh unsure seni bina Cina.Ini dapat dilihat pada Masjid Lama Melakayang mempunyai bentuk menara dan bumbung dihiasi dengan bumbung bergelombang.Ini mirip dengan bentuk bumbung rumah ibadat orang Cina.
            Ciri-ciri utama masjid di Nusantara ialah bumbung berbentuk atap tumpang,rumah kampong limas,potong bawang dan berbentuk payung.Masjid bumbung
berbentuk atap tumpang dibina dengan bahan konkrit kecuali struktur kayu bumbung dan tiang serinya yang menggunakan tiang kayu.Contohnya,Masjid Demak di Melaka.Masjid berbentuk rumah kampong memakai bumbung yang panjang dan lurus yang berbentuk dua lapis bumbung yang berbentuk V.Contohnya,Masjid Haji Kadir di Bukit Besar,Terengganu.
            Masjid berbentuk limas pula merangkumi perabung lima,limas pemotong perakdan limas bumbung berlapis.Masjid berbentuk ‘potong bawang’ mula diperkenalkan pada akhir abad ke-19M,iaitu selepas kemerosotan kerajaan Islam di Timur Tengah dan dibawa masuk oleh penjajah Barat.Masjid bentuk ini banyak di Indonesia.Masjid berbentuk payung pula dapat dilihat pada masjid-masjid di Malaysia dan ia memperlihatkan adunan antara seni bina tradisi dengan idea baharu.
          Keindahan bangunan-bangunan masjid boleh dilihat di Sepanyol,Iraq,Syam(Syria),Mesir dan sebahagian lagi di Afrika.Pembinaan dua masjid terpenting dan terawal dalam sejarah seni bina Islam yang sempurna ialah pembinaan ‘the Dome of the rock(Qubbat al-Sakhra’)di Jerusalem oleh Khalifah ‘Abd al-Malik pada lewat abad ke-7M.
          Pada peringkat awal,pembinaannya diasaskan oleh ‘Umar bin al-Khattab r.a di atas sebuah bukit bernama Moriah.Bukit ini terletak berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Jerusalem.Masjid ini dibina semula oleh Khalifah Abdul al-Malik bin Marwan dengan menjemput para arkitek dari Byzantium yang mahir dalam kerja-kerja pertukangan serta seni bina.Beliau memberi tanggungjawab membuat dekorasi pada
kubah kepada orang Parsi yang dianggap sebagai golongan professional dalam membuat ukiran dan tulisan Kufi.
            Masjid Suriah di Damsyik menjadi mercu tanda keagungan seni bina masjid pada zaman Bani Umaiyah.Masjid ini berasal daripada sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani di Damsyik.Antara tahun 86-87H,Khalifah al-Walid telah mengambil tindakan membangunkan semula keseluruhan gereja dengan mengubah bentuknya menjadi sebuah masjid yang indah.Struktur masjid ini mengambil kira aspek estetiknya dan lengkap dengan mihrab,mimbar,menara,tiang,dinding serta atap . Keseluruhan bentuk dan ciri-ciri masjid ini telah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran indah yang terdiri daripada bahan yang mahal.
            Khalifah al-Walid membina sebuah lagi masjid yang dikenali sebagai Masjid Umawi yang juga pada asalnya merupakan sebuah gereja Katolik yang diubahsuai menjadi sebuah masjid.ia merupakan masjid yang terkenal pada zaman Bani Umaiyah.Sejarah mencatatkan bahawa lebih 120 000 ahli binaan dan arkitek terlibat dalam pembinaan masjid tersebut.Kos perbelanjaannya ialah sebanyak 400 peti wang di mana setiap peti mempunyai 28 000 dinar emas.
            Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz(717-720M).beliau telah menggantikan 600 buah lampu yang dibuat daripada emas padu dengan lampu2 daripada besi.Lampu emas tersebut dilebur dan disimpan dalam perbendaharaan negara.


MENGENAI  MASJID AL-UBUDIYAH
·         AKTIVITI-AKTIVITI
-pada bulan Ramadhan setiap tahun akan diadakan solat terawih berjemaah
-pada malam Jumaat setiap minggu akan diadakan bacaan Yasin
-bacaan yasin juga turut diadakan menjelangnya musim-musim peperiksaan bagi mendoakan kejayaan anak-anak penduduk kariah yang akan menduduki peperiksaan awam
-pada waktu petang cuti hujung minggu diadakan kelas Tajwid
-bacaan ‘tarhim’ diadakan sebelum azan pada waktu subuh

·         MASALAH-MASALAH
-berlaku kecurian motosikal selalunya pada waktu magrib dan subuh
-berlaku kecurian 2 biji kipas yang terdapat di luar masjid
-paip air kolah dicuri
-tabung masjid dipecahkan dan duit dicuri
-walaupun terdapat tanah waqaf di hadapan masjid tetapi tanah kubur masih  tidak mencukupi untuk menampung mayat pada masa hadapan
-pihak masjid masih berhutang sebanyak RM 63 000 dengan tuan tanah untuk tujuan meluaskan kawasan kubur
-solat waktu hanya terdiri daripada 2 saf sahaja
-tiada pengganti bagi 2 orang ustaz yang mengimamkan solat fardhu yang telah uzur

·         PENYELESAIAN MASALAH
-pihak masjid sedang mengutip sumbangan daripada penduduk kariah bagi membantu menyelesaikan masalah tanah kubur yang tidak mencukupi
-menggantikan paip air besi kepada paip jenis plastic
-tabung masjid disimpan di dalam stor masjid dan dikunci dengan kemas
IMAM DI MASJID
Imam ialah seseorang yang bertanggungjawab dalam kepimpinan.Beliau memimpin seluruh anggota masyarakat kariah di sesuatu kawasan. Peranannya menjadi ibadat salih hinggalah kepada seluruh kehidupan duniawi dan kemasyarakatan.
PERANAN IMAM DAN AJK MASJID
-Mendidik          -Mengerakkan anak – anak seperti menyatukan tenaga
-Merangsang seperti memberi motivasi             -Melahirkan aktivis/insan baru
- Membangunkan kesatuan dan menyatukan umat
            Saya telah menemuramah bilal Masjid al-Ubudiyah iaitu Haji Abu Hassan bin Man.Beliau dilahirkan pada 19 Disember 1937 dan sekarang beliau sudah berumur 74 tahun.Beliau telah berkhidmat sebagai bilal di masjid tersebut selama 36 tahun iaitu sejak tahun 1975.Sebelum pencen,beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah agama di Yan,Kedah.Pada masa yang sama juga beliau bertanggungjawab sebagai seorang bilal di Masjid al-Ubudiyah.

            Apabila ditanya mengenai pengalaman beliau semasa menjadi bilal di masjid tersebut,beliau menyatakan dan meceritakan bahawa banyak pengalaman yang beliau rasai ketika menjadi bilal di masjid tersebut.Antara pengalaman beliau,ketika beliau              dating ke masjid untuk menunaikan solat,beliau terdengar suatu bunyian yang sangat kuat dari arah luar masjid.Setelah beliau bergegas lari keluar daripada masjid untuk mengenalpasti punca bunyi itu,beliau mendapati bahawa air dari tempat mengambil wudhu’ mengalir keluar dengan banyaknya dan didapati bahawa paip dari kolah tersebut telah dicuri.Namun malangnya pencuri tidak dapat dikesan.
            Antara harapan dan cita-cita beliau ialah kes kecurian di masjid tersebut dapat dikurangkan kerana kes kecurian bukan sahaja merugikan penduduk kariah tetapi merosakkan imej kariah dan penduduknya.Beliau juga berharap agar penduduk kariah sedar akan kepentingan solat berjemaah dan jemaah bagi tiap-tiap solat waktu di masjid tersebut dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa terutama dari golongan muda.Hal ini adalah kerana generasi ini yang akan menjadi pemimpin agama,bangsa dan negara pada masa hadapan.Beliau turut berharap agar terdapat lebih ramai golongan muda yang akan menggantikan tempat imam dan ahli-ahli masjid yang telah uzur dan tidak mampu berkhidmat lagi.




CARTA ORGANISASI MASJID AL-UBUDIYAH
PENGERUSI : HAJI AHMAD BIN HASHIM
NAIB PENGERUSI : ABUL SAMAD BIN MD. ISA
SETIAUSAHA : HAJI ZAMRI BIN DARUS
BENDAHARI : HAJI ISMAIL BIN AHMAD
AJK :  1-DAHLAN BIN HANAFIAH                     2-ZAKARIA BIN ISMAIL
           3-KHAIRUNNIZAR                                   4-OMAR BIN PUTIH
BILAL : 1-HAJI ABU HASSAN BIN MAN             2-KHAIRUNNIZAR
SIAK :   1-SAAD BIN DAUD                                   2-SHAMSUDIN MAHMUD BIN MAT








PERANAN MASJID                                                                                           
            Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah “Institusi Masjid” ,masjid harus dijadikan Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah.Sebagai pusat pembangunan Islam,institusi masjid merupakan pusat perkembangan dan pembangunan di mana segalanya bermula dan berkembang dari masjid.
            Masjid juga adalah lambang keagungan Islam.Sebagai lambang kesyumulan Islam,maka setiap projek bandar baru,kawasan perumahan,perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama,maka kawasan itu harus mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke arah kawasan tersebut.
            Masjid juga merupakan pusat percambahan ilmu.Hal ini kerana masjid mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama tetapi juga buku-buku yang berkaitan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial,ekonomi,politik dan sebagainya yang dibekalkan di perpustakaan masjid.Orang Islam dapat menambah ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di masjid seperti dialog,ceramah,seminar dan sebagainya.
            Selain itu,masjid adalah sebuah pusat tamadun Islam.Roh Islam di zaman kegemilangan dan keagungan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.Masjid turut menjadi pusat pendidikan di mana anak-anak dan keluarga dapat dididik di masjid melalui pendidikan.Masjid juga mendidik masyarakat supaya beradab,bersopan-santun serta lain-lain nilai murni.
RUMUSAN
            Masjid merupakan asas kepada perkembangan seni bina Islam,khususnya setelah masjid pertama dalam Islam berjaya dibina oleh Rasulullah s.a.w.Masjid dikatakan sebagai satu daripada karya budaya umat Islam dalam bidang teknologi pembangunan.Masjid juga merupakan lambang kewujudan perkembangan kesenian Islam.Kewujudan masjid dianggap sebagai lambang kecintaan umat Islam terhadap Allah.
            Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat Islam dan menegakkan tamadun kehidupan mereka.

RUJUKAN
1-HAJI ABU HASSAN BIN MAN
            (BILAL MASJID AL-UBUDIYAH,YAN,KEDAH)
2-BUKU
            (PENERBIT FAJAR BAKTI SDN.BHD,CETAKAN KEDUA TAHUN 2005)